Perhatian:
  • Jadual pembentangan selari telah dikeluarkan di SINI.

Tarikh
2 dan 3 November 2011 (Rabu dan Khamis)

Tempat
Dewan Kuliah, Politeknik Port Dickson

Perasmian Penutup oleh
Y. Bhg. Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

NECoR '11 - National Educational Colloquium Research 2011 akan diadakan di Politeknik Port Dickson pada 2 dan 3 November 2011. Kolokium ini adalah peringkat Politeknik Zon Selatan.

Kolokium ini memberi peluang kepada para pensyarah membentangkan hasil penyelidikan mereka. Ia diharap dapat menyemarakkan budaya penyelidikan dan penulisan di kalangan pensyarah seterusnya berkongsi ilmu dalam bidang masing-masing. Ia juga diharap dapat menjana ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih mendalam dan menyeluruh dari pelbagai bidang.

Matlamat kolokium ini adalah seperti berikut:

Secara am:
Memperluaskan ilmu serta pengetahuan dalam bidang penyelidikan melalui perbincangan dan perkongsian ilmu.

Secara khusus:
Pensyarah menghasilkan kertas penulisan berasaskan penyelidikan yang dilakukan.
Pensyarah membentang kertas penyelidikan untuk mendapat maklumbalas terhadap kajian penyelidikan daripada para peserta dan panel yang dilantik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia NECoR '11 di talian 06-6622055.